Tuesday, March 30, 2010

‘Virtual Classroom’

Definisi

‘Virtual Classroom’ merupakan kelas berbentuk maya dan merupakan satu kaedah pembelajaran terkini. Kelas maya ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran. Menurut Garrison dan Anderson (2003), e-pembelajaran adalah penyampaian latihan dan pendidikan melalui interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran teknologi.

Jamaludin (2000) menakrifkan e-pembelajaran sebagai pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web atau cakera keras, CD17 ROM, storan mudahalih berkeupayaan tinggi seperti ORB (Object Request Broker) atau Iomega Zip ataupun melalui sistem jaringan organisasi.

Manakala Rosenberg (2002) pula, mendefinisikan e-pembelajaran sebagai berangkaian, mampu mengumpul dan menyebar maklumat serta membolehkan jejakan maklumat melalui komputer di samping memfokus kepada persekitaran lebar pendidikan. Ia teranjak jauh daripada paradigma latihan tradisi.

Yusup (2000) pula mengkategorikan definisi e-pembelajaran kepada tiga iaitu:
1) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara terarah pengajar (pendekatan sistem) atau terarah pelajar.
2) Pendekatan pembelajaran yang menggunakan media digital dan rangkaian komputer untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan tertutama menggunakan internet.
3) Mempunyai ciri-ciri pengajaran yang berasaskan talian.

Menurut Rosenberg (2001), e-pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi-teknologi internet untuk menyampaikan penyelesaian yang luas yang meningkatkan pengetahuan dan prestasi.

Berdasarkan definisi yang diberikan secara umumnya kelas maya merupakan pembelajaran yang dilaksanakan dengan penggunaan teknologi. Antara teknologi yang digunakan bagi pelaksanaan kelas maya adalah rangkaian elektronik (LAN (local area network) , WAN (world area network) atau internet) untuk penyampaian isi kandungan pengajaran dan pembelajaran, berinteraksi ataupun pemudahcaraan diantara pengajar dan pelajar. Kemudahan teknologi seperti internet, intranet, satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM juga merupakan sebahagian daripada media elektronik yang digunakan di dalam pengajaran secara maya.

Kriteria

Di antara kriteria yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran itu di panggil ’Virtual Classroom’ dapat dilihat daripada segi pelaksanaan, pendekatan, kaedah dan sumber Bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan.

Pembelajaran bagi ‘Virtual Classroom’ melibatkan aplikasi computer dan sistem secara berangkaian, yang membolehkannya berupaya untuk melakukan pengemaskinian, menyimpan atau mendapatkan kembali, menyebar dan berkongsi pengajaran atau maklumat dengan pantas. Keupayaan ini sangat penting yang mana ia menjadi keperluan mutlak bagi e-pembelajaran bagi penyampaian dan penerimaan maklumat secara cepat dan berkesan serta sistematik.

Dari sudut masa pengajaran dilaksanakan pula, ia boleh disampaikan pada waktu yang sama atau serentak, ataupun pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan media bagi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui kaedah ini lazimnya mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video bagi memudahkan pelajar memahami kosep pembelajaran yang hendak disampaikan. Oleh yang demikian walau dimana atau bila pembelajaran tersebut dijalankan, pelajar tetap mendapat maklumat yang sama.

Menurut Learnframe, 2001 kemudahan untuk perbincangan kumpulan dan bantuan profesional isi kandungan pelajaran secara dalam talian hendaklah disediakan. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar berkomunikasi bersama rakan-rakan dan tenaga pengajar di dalam talian bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan pertukaran pendapat.

Yusup (2000) menayatakan bahawa cirri-ciri e-pembelajaran adalah seperti berikut:
i) teknologi elektronik sebagai bantuan
ii) bahan yang reka dan dibina oleh pasukan pembina bahan yang professional
iii) kurikulum dan kursus yang disediakan dalam rangkaian atau talian
iv) sistem penilaian diurus oleh computer
v) boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana jua
vi) pengurusan kursus yang efektif

Mod Pengajaran

Dalam pelaksanaan ‘Virtual Classroom’ terdapat beberapa mod pengajaran yang dilaksanakan. Di antara mod pembelajaran yang dilaksanakan adalah perbincangan melalui forum, e-mail dan sinkronus. Melalui mod pembelajaran ini, pelajara dapat berinteraksi dan melibatkan diri secara aktif dengan memberikan pendapat, pandangan dan persoalan mengenai isi pembelajaran.

Selain dari itu, isi pembelajaran bagi kelas maya ini dapat diambil di dalam talian. Isi pembelajaran lazimnya di dokumenkan di dalam fail PDF, Powerpoint atau di dalam Microsoft Word. Dengan cara ini pelajar tidak perlu membawa modul atau buku bagi mengulangkaji pelajaran di tempat yang berlainan. Mereka hanya perlu memuat turun dokumen tersebut daripada talian internet.

Platform

Manfaat yang Diperolehi oleh Pelajar

Di dalam pelaksanaan ‘Virtual Classroom’ terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh para pelajar. Pembelajran yang berasaskan IT mendorong pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi mereka di dalam penggunaan teknologi yang terkini bagi mencapai matlamat mereka. Selain menambah ilmu mereka juga dapat menaik taraf penggunaan media di dalam kehidupan seharian mereka.

Selain dari itu, mod pelaksanaan kelas maya ini memerlukan pelajar untuk berinteraksi dan memberikan pendapat di dalam forum yang telah disediakan. Melalui forum ini pelajar akan mendapat maklumbalas dan seterusnya memberi respon yang sewajarnya bagi sesuatu topic yang dibincangkan. Melalui kaedah ini, pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahunya dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman. Secara tidak langsung ia dapat menjadikan pelajar sebagai seorang yang berdikari dan peka terhadap pembelajaran yang dialaminya.

Cara pembelajaran kelas maya yang dibuat secara kolaboratif, melalui perbincangan dengan rakan dan dengan individu lain melalui internet (mel elektronik, Internet Relay Chat, IRC dan sidang video) memainkan peranan yang penting dan dengan cara ini pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan. Pelajar dapat menonjolkan diri secara positif bagi menzahirkan pendapat mereka mengenai sesuatu permasalah atau pendapat.

Selain dari itu, kaedah pembelajaran kelas maya ini menggesa agar pelajar mengambil inisiatif untuk menganalisis dan mendiagnosis keperluan pembelajaran mereka sendiri. Pelajar juga perlu menetapkan sendiri pembentukan matlamat pembelajaran yang relevan dengan personaliti dan gaya belajar masing-masing. Dengan cara ini pelajar dapat memupuk sikap berdikari, disamping bekerjasama diantara pelajar untuk memperolehi maklumat secara optimum.

Pembelajaran dengan menggunakan kelas maya juga dapat memberikan manfaat kepada pelajar dari segi pengurusan masa yang boleh diselaraskan mengikut keperluan sendiri. Pelajar juga dapat mengakses bahan serta mempelajarinya dalam keadaan tidak formal. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan yang bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas (eLearning.com.intros.2007).

Disamping itu juga, pelajar bebas berinteraksi dan menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu tajuk atau kekeliruan mereka tentang sesuatu topik yang dibincangkan. Dengan cara ini pelajar yang bersifat introvert mampu berkomunikasi dengan baik semasa perbincangan di dalam ruangan forum.

by: Nurulhaslin Zainol

No comments:

Post a Comment