1.1 PENGENALAN
Perkembangan sistem pendidikan kini semakin berkembang pesat dan acapkali diberi pembaharuan. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh ahli psikologi dan para rasionalis bagi mengenalpasti tingkahlaku, pemikiran, perkembangan kognitif dan sosial manusia. Penemuan-penemuan berdasarkan kajian-kajian ini telah memberikan impak yang positif dan mewujudkan pelbagai teori-teori yang dapat membantu para pendidik dalam mendidik modal insan kini. Hasil kajian ini juga telah membantu para cendekiawan untuk mengenalpasti beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan murid dari segi mental, fizikal, emosi dan juga moral.
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral, pendekatannya telah dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira tahap kematangan pemikiran moral murid, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang hendak diterapkan dalam satu pengajaran. (Rahmad Sukor bin Ab Samad, 2006).
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru di alaf baru ini perlu beriltizam, berorentasikan maklumat, berwawasan, berpandangan global dan positif serta berpengetahuan dan mahir dalam teknologi pendidikan. Justeru guru haruslah mendalami pendekatan dalam pendidikan moral demi mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik, kondusif serta berkesan.
No comments:
Post a Comment