Monday, March 29, 2010
PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI
1.1 PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI
Menurut Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon (2002), fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya sesuatu masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai ini dianggap sebagai standard tingkah laku moral yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialami oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang hendak diterapkan.
Kebaikan Pendekatan Pemupukan Nilai ini adalah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral. Selain dari itu, ia dapat memupuk nilai yang dikehendaki mengikut norma masyarakat di kawasan tersebut. Pendekatan ini juga mudah untuk diaplikasikan dengan memberi contoh tauladan yang mudah kepada pelajar seperti ibu bapa, guru dan tokoh terkenal. Antara kebaikan lain, melalui pendekatan ini juga guru dapat memanipulasikan keadaan berdasarkan pengalaman murid untuk menerima nilai yang hendak diterapkan.
Walaupun pendekatan ini mudah digunakan di dalam kelas terdapat juga keburukan dalam pelaksanaan pendakatan ini. Pendekatan ini lebih sesuai dilaksanakan kepada pelajar di peringkat menengah rendah berbanding murid sekolah rendah kerana pelajar menengah rendah lebih berupaya untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Pendekatan ini juga memerlukan sikap guru yang berhati-hati agar tidak menggunakan pendekatan ini untuk tujuan propaganda dan juga bersikap autokratik semasa sesi pembelajaran moral dilaksanakan.
Selain dari itu, pendekatan ini lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi
peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
by: Nurulhaslin Zainol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment